Sunday, June 5, 2011

Model Masjid Cina Muslim Melaka




































Assalamu alaikum. Alhamdulillah, pihak Persatuan Tionghwa Muslim Negeri Melaka (PERTIM) akan mula membina sebuah masjid bercirikan senibina Cina di atas tapak tanah tambak laut di Limbongan yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Melaka.

Oleh itu Tabung Pembinaan Masjid Cina Negeri Melaka telah pun dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam pada 3 Oktober 2010. Anggaran dana yang diperlukan untuk membiayai kos pembinaan ialah RM 9 juta.

Demi memastikan kesinambungan projek ini, sumbangan dari segenap lapisan masyarakat adalah amat diperlukan.

Berikut adalah 2 kaedah untuk menyalurkan sumbangan tuan/puan:

Kaedah (1) :Alamatkan sumbangan di atas nama Tabung Pembinaan Masjid
Cina
Negeri Melaka dan kirimkan ke alamat berikut:

Bendahari Tabung Pembinaan Masjid Cina Negeri Melaka,
66 A Taman Kenanga Seksyen Satu,
Lorong Pandan, 75250 Melaka.

Kaedah (2): Salurkan sumbangan anda ke akaun bank RHB
204063-000-12740
. Sila hantar slip pembayaran kepada alamat di
atas untuk memudahkan pengeluaran resit rasmi kepada tuan/puan.

"Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka yang memberikan pinjaman baik (pada jalan Allah) descaya dilipat-gandakan balasannya bagi mereka dan selain itu, mereka akan beroleh pahala yang mulia" (maksud surah Al Hadid ayat 8)

Jawatankuasa Pembinaan Masjid Cina Negeri Melaka mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan tuan/puan. Semoga sumbangan tuan/puan diberkati Allah S.W.T